Ruh Gentayangan
Aku selalu bertanya apakah tujuan sebenar mereka-mereka yang berhobi sebegini ? Adakah tujuannya untuk mendalami yang zahir atau tujuannya untuk mendalami yang bathin ? Sudah nampakkah kita cahaya di hujung terowong ? Menurut Alan Murdie, pengerusi Ghost Club, iaitu the world's oldest physical research organisation founded in Cambridge in the Victorian era, mengatakan "An undertsanding of this phenomena would certainly help broaden our understanding of the nature of the universe and allow us to reflect upon life and death and or good and evil" quote unquote. Masing-masing mempunyai sebabnya tersendiri dan betullah seperti kata pepatah itu, "For those who believe, no proof is necessary. For those who doubt, no proof is enough".
Orang sakit yang menghampiri waktu kematian juga selalu didatangi akan Ruh Gentayangan dan tidak payah diburu. Pada suatu malam ketika sedang menjaga bapaku yang sakit adikku terlelap sebentar. Dengan tiba-tiba dia terasa di tendang oleh seseorang yang tidak nampak oleh mata kasar. Oleh kerana tendangan yang bertubi-tubi tersebut adikku terus menepis tendangan itu dan kerusi yang berhampiran pun jatuh terpelanting. Adikku adalah diantara orang-orang yang mempunyai kelebihan indera ke 6. Menurutnya, sejak dia kecil lagi dia selalu nampak benda-benda yang kita selalunya tidak nampak. Pada waktu nenekku meninggal tempoh hari pun, katanya dia melihat orang serupa nenek duduk berhampiran dengan mayat nenek. Menurutnya lagi, ada dua orang yang selalu berada didalam bilik bapaku. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan tetapi mereka cuma melihat-lihat dan tidak berniat untuk mengganggu. Dikhuatiri kalau dihalau maka ianya diganti dengan pengacau yang tak tau hormat jadi dibiarkan saja berharmoni dengan suasana itu.
Ketika aku dihospital dulu didalam perjalanan ke wad untuk menjaga bapaku yang sakit, aku juga pernah nampak sekelibat lembaga hitam yang tinggi cuba mengikuti ku masuk kedalam lift. Mungkin berniat untuk mengikutiku terus ke wad bapaku juga. Aku pun berkata kepadanya bahawa tidak perlulah ikut dan berlalulah engkau dari memasuki lif ini, maka dia terus menghilangkan diri.
Bagi mereka yang tidak mengenal akan Tuhannya, apabila jasadnya mati maka Ruhnya tidak akan balik terus berjumpa Tuhan. Mereka tersiksa dialam barzakh. Ruh-ruh ini menderita sehingga hari qiamat yang sebenar datang. Mereka mencari-cari tempat menginap dirumah-rumah kosong, didalam hutan, diatas pokok, didalam gua, dibawah jembatan, di rumah-rumah ibadah yang sepi atau balik kerumah anaknya yang masih hidup. Penampilan merekapun mengikut apa yang mereka amalkan semasa hidup atau waktu hampir mati seperti berupa wanita cantik, ada yang muka hodoh menjijikkan, badan yang hancur berdarah dan tidak kurang juga yang berupa haiwan oleh nafsu yang tidak pernah kenyang. Mereka kesejukan diatas pokok ditimpa hujan atau masih terkejut dan hilang arah tidak tahu tujuan. Inilah yang dimaksudkan Ruh Gentayangan. Kenapakah terjadi penderitaan yang begitu berat di alam barzakh ? Menderita berpanjangan sehingga qiamat dalam satu tempoh yang lebih lama dari alam nafas ?
Ini tidak lain bertitik tolak kepada apa yang kita lakukan semasa kita hidup. Kalau hidup kita memburu hantu, maka itulah yang kita jumpa. Kalau hidup kita mencari Tuhan, maka janji Tuhan pasti datang. Ruh yang menderita akan memohon, "Apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata:"Ya Tuhan ku, kembalikanlah aku kedunia, agar aku dapat berbuat amal yang saleh yang telah aku tinggalkan." Sekali-kali tidak ! Sungguh itu adalah dalih yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada barzakh (dinding) sampai pada hari mereka dibangkitkan" (Al mu'minun 23:99-100) Hendaklah kita mencontohi Nabi Isa dengan berdoa, "Dan keselamatan bagi aku, dihari aku dilahirkan dan dihari aku diwafatkan serta pada hari aku dibangkitkan kembali". (Al Maryam 19:33)
Jadi apakah pilihan kita untuk kita mati ? Menambah statistik dan menjadi ahli Ruh Gentayangan supaya diburu oleh anak cucu kita dengan peralatan yang lebih canggih dari apa yang kita ada sekarang ini ? Atau kita ingin terus berjumpa Tuhan dengan kelajuan 50,000 tahun cahaya ? Oleh itu fenomena ini tidak cukup sekadar untuk membuka fikiran tentang alam semesta dan memikirkan tentang hidup dan mati atau baik dan jahat. Fenomena ini adalah salah satu tunjuk arah kita hidup untuk mencari Tuhan supaya kita sejahtera apabila mati. Tahu selok belok kematian kerana kita biasa mati ketika kita masih hidup.
Jika kita faham fenomena Ruh Gentayangan yang menderita di alam barzakh, maka kita tidak takut selain Allah. Jangan ditambah lagi penyiksaan mereka, tidak cukup berburu dengan kamera terus juga dihalau kesana kemari oleh orang-orang yang mempunyai ilmu. Mintalah dengan rasa hormat dan ihsan. Menzahirkan yang batin itu sepatutnya memberikan kita satu kepastian menuju hari berbangkit. Kita tidak lagi takut menghadapi hari berbangkit kerana sudah faham matlamat kita didunia.
Mati Sebelum Mati
Apakah tanggapan kita tentang mati ? Kali pertama bapaku disahkan
menghidapi cancer selepas ujian darahnya menunjukkan perkiraan alpha
protien didalam darah yang melebihi 65,000 menyebabkan mata ibu dan adik
perempuanku sentiasa basah. Perkiraaan alpha protien yang berlebihan
adalah salah satu daripada 'cancer marker' yang perlu diteliti puncanya.
Kali kedua apabila aku menyampaikan berita kepada mereka bahawa menurut
Doktor tiada lagi rawatan 'curative' untuk bapaku dan dia dipindahkan
ke wad 'palliative' untuk menunggu waktu mati dalam keadaan selesa
mungkin langsung tidak dapat diterima oleh ibu dan adikku. Mana boleh
begini ? Kan emak juga dulu menghadapi cancer payudara dan boleh sembuh
seperti sediakala ! Mesti bapa kau juga boleh pulih, katanya untuk
menenangkan hatinya sendiri yang dilanda ombak dan tidak tidur semalaman
kerana berita tersebut.
Untuk kembali
berjumpa Tuhan kita mestilah mati terlebih dahulu. Berjumpa Tuhan bukan
kah matlamat kita nombor satu ? Bukankan perjuangan agama Tauhid yang di
tunjukkan oleh para nabi-nabi adalah perjuangan mencari Tuhan, mengenal
Tuhan dan mengingat Tuhan sebanyak-banyaknya. Sudah kenalkah kita
dengan Tuhan kita ? Inginkan kita berjumpa dengan Tuhan kita ? Bolehkan
kita matikan diri kita sebelum kita mati untuk berjumpa Tuhan semasa
kita masih hidup ?
"Dan sekalipun telah
kami perintahkan kepada mereka, "Bunuhlah dirimu atau keluarlah kamu
dari kampung halamanmu," ternyata mereka tidak akan melakukannya,
kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan sekiranya mereka benar-benar
melaksanakan perintah yang diberikan, niscaya itu lebih baik bagi mereka
dan lebih menguatkan iman mereka" (An-nisa' 4:66)
Untuk
mereka yang selalu mati ketika hidup maka mati itu satu nikmat. Ini
adalah kerana mati itu adalah satu proses untuk kembali berjumpa Tuhan.
Yang mati adalah jasad. Apabila jasad mati, maka Ruh bebas merdeka
kembali berjumpa Tuhan. Inilah yang dikata dari Allah kita datang dan
kapada Allah jua kita kembali. Tetapi ada juga yang mati tetapi tidak
kembali kepada Tuhan. Ayat itu tidak bermakna untuk orang yang tidak
memahaminya. Inilah yang mendorong kita agar belajar mati sebelum
kematian yang terakhir.
"Bagaimana kamu
ingkar kepada Allah, padahal kamu tadinya mati, lalu Dia menghidupkan
kamu, kemudian Dia mematikan kamu kamu lalu Dia menghidupkan kamu
kembali. Kemudian kepadaNyalah kamu dikembalikan" (al Baqarah 2:28)
Bukankah
kita semua pasti mati dan orang yang mati pasti berjumpa Tuhan.
Sesungguhnya ini logika orang-orang yang merugikan dirinya sendiri. Ruh
yang tidak mengenal Tuhan tidak akan kembali kesisi Tuhanya dan
menderita berpanjangan dialam barzakh.
"Sesungguhnya
rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan dengan Allah; sehingga
qiamat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, mereka berkata, "Alangkah
besarnya penyesalan kami terhadap kelalaian kami tentang qiamat itu,"
sambil mereka memikul dosa-dosa di atas punggungnya. Alangkah buruknya
apa yang mereka pikul itu" (Al An'am 6:31)
Didalam
waktu yang singkat tubuh bapaku sudah boleh dikatakan tinggal tulang
sahaja. Menurut kawanku Hanif, dia pernah melihat pakciknya seorang
pesakit cancer juga didalam keadaan yang lebih teruk seperti mangsa
Holocaust diperang dunia kedua. Bapaku selalu memegang hujung bicu
bajunya, tidak suka di ikat kain sarungnya atau pampasnya. Dia lebih
suka bebas tanpa ada apa-apa benda yang mengikat dan pantang sekali
kalau dicucuk drip untuk keseimbangan air didalam badan atau ditampal
plaster pada luka-luka 'bed sores'nya. Katanya benda-denda tersebut
menghalangnya untuk kembali dengan segera. Apabila tidur, mulutnya
terbuka yang menandakan seolah-olah Ruh itu akan keluar dari kerongkong
pada waktu yang terdekat.
Bagi ahli mati,
mereka sudah mengenal akan tanda-tanda mati. Tujuannya tidak lain hanya
untuk mempersiapkan diri bagi kehidupan yang baru samada untuk dirinya
atau untuk membantu orang yang akan pergi. Pancaindera ke tujuh sudah
tajam melihat tanda-tanda kematian.
Didalam
jangka waktu setahun sebelum datang kematian mereka sudah dimaklumkan
akan alamatnya. Ini adalah dengan melihat sesuatu yang tidak pernah
dilihat atau yang tidak pernah didengar. Contohnya pancaindera
kadang-kadang terbuka mendengar percakapan makhluk yang tidak nampak
atau haiwan-haiwan. Penglihatan juga berubah seperti melihat langit
bukan lagi bewarna biru tetapi merah, matahari dan bulan bewarna hitam,
air kelihatan merah, api bewarna hitam dan seumpamanya. Kalau orang
berilmu, maka harus dia merpersiapkan dirinya menulis surat wasiat dan
berpesan-pesan kepada anak cucu agar jangan lupa mentauhidkan Allah
mengikut jejak langkah nabi-nabi dan rasul-rasul. Bagi yang tidak
mengenal, mungkin sekadar mengambil panadol atau berjumpa pakar jiwa.
Apabila
melihat jari semakin kurang atau pergelangan tangan kelihatan putus
maka tandanya sudah kurang dari satu bulan. Dan kurang dari setengah
bulan pula apabila dia selalu melihat rupa dan bayang dirinya sendiri.
Apabila diri sudah tidak mahu lagi mengingini sesuatu maka eloklah
beriktikaf didalam Baitullah dan dinasihatkan supaya jangan keluar dari
mesjid. Maka dengan itu bersiap-siaplah dengan tanda-tanda pada 7 hari
terakhir. Ini dapat diketahui jika kita menjilat langit-langit dengan
lidah kita sudah tidak lagi merasa geli. Makanan tidak lagi terasa enak
dan diri mula berpuasa untuk meringankan jasad. Selalu memegang pinggir
baju atau bicu kain tanpa disadari. Kadang-kadang terdengar suara bayi
menangis dan mungkin juga terlihat mayat yang sudah dikapankan. Pada
waktu yang lebih hampir, jari manis tidak dapat digerakkan dan jari kaki
terasa kaku kerana Ruh sudah mula naik dengan halus dan lembut. Pada
hari terakhir, nafas yang keluar dari hidung terasa sejuk dan hidung
mulai kuncup sedangkan mulut pula terasa panas.
Apabila
Roh sudah dikerongkong maka inilah waktu yang kritikal. Apabila Nur
Allah dan Nur Muhammad sudah keluar, maka Ruh mesti bersedia untuk
diajak pergi. Pada waktu inilah tidak ada yang dapat menyelamatkannya
kecuali 'ilmu serta doa anak yang soleh. "Ya Allah, ampunilah dosa kedua
ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku
sewaktu aku masih kecil". Pada waktu inilah juga ramai makhluk seperti
lembaga hitam akan datang untuk memujuk rayu.
Pada
malam minggu itu aku tidak tenang ketika menjaga bapaku yang setiapkali
menjerit-jerit kesakitan. Pada waktu pagi setelah siap memandikannya,
aku terus balik untuk melelapkan mata. Pada waktu lebihkurang pukul
sepuluh pagi, adikku menghantar SMS meminta semua keluarga dan anak-anak
balik atas permintaan bapaku. Katanya dia akan berangkat pergi dan
waktunya sudah sampai. Apabila semuanya sudah bersedia maka dia dengan
tenang melelapkan matanya dan terus mikraj menuju Ilahi.
Kemudian
pada waktu petang, bapaku bangun dan memanggil orang-orang
disekelilingnya sambil bertanya, "Kenapa saya belum mati-mati lagi ?"
Langit Ku Terbelah - Ramadhan 2009
Aku
berada di hospital kerana menjaga bapaku yang sakit. Sakitnya menurut
doktor adalah sakit kanser hati yang telah merebak ke bahagian tulang
pipi, dada, spine dan pelvic. Nasihat doktor tidak ada rawatan untuk
sakit kanser ditahap ini. Saranan palliative yang sesuai hanyalah
morphine yang setiap kali semakin tinggi sukatannya sebagai langkah pain
management and further comforting words to let him be happy with the
family at home. Menunggu penuh sedar bahawa matahari akan terbenam.
Menunggu orang bercerai talak tiga. Menunggu hari qiamat masing-masing.
Sepanjang
bulan puasa setiap hari aku berada dihospital. Perjalanan pemuda fakir
dibulan puasa kali ini amat berlainan dari yang sudah-sudah. Kalau dulu
setiap bulan puasa aku berulang-alik untuk bertarawikh kemesjid. Dari
satu mesjid ke mesjid yang lain. Mencari imam yang faham makmumnya.
Mencari imam yang lunak bacaannya. Mencari suasana yang aman untuk
hambanya. Mencari mesjid yang menyambut tetamunya. Setial kali ada saja
orang yang berkata-kata. Imam baca terlalu panjang. Iman baca terlalu
cepat. Makmum terlalu ramai. Makmum terlalu sedikit. Ada mesjid yang ada
aircond tetapi kipas pasang to the maximum juga. Ada mesjid yang takde
aircond setakat kipas lama yang perlahan-lahan sehinga berpeluh-peluh
nak menghabiskan lapan rekaat. Memang aku tidak jumpa apa yang dicari.
Aku rupanya tersalah arah mencari mesjid yang dibina manusia. Aku
sepatutnya mencari dimesjid yang dibina Allah. Pemuda fakir ini
seharusnya bersolat dimesjid yang dibina Allah.
Perjalan
pemuda fakir pada Ramadhan 2009 adalah dihospital kerana menjaga
bapanya yang sakit. Perjalan pemuda fakir pada bulan Ramadhan ini juga
adalah perjalanan membelah langit. Sungguh luarbiasa pengalaman ini.
Tiba-tiba langitku terbelah. Malam Lailatul Qadar sampai lebih awal dari
yang aku jangkakan. Sekarang masih belum waktu akhir ke sepuluh bulan
ramadhan. Nafasku sesak. Dadaku berat dan sebak. Aku lupa aku berada
dimana. Didalam aku merasa penuh dan puas tetapi entah kenapa air mata
ku mengalir mencurah-curah. Dimanakah pemuda fakir ini berada ?
Tiba-tiba aku dikejutkan oleh jururawat. "Ini ubat untuk pakcik, jangan lupa beri makan". Aku hanya mengangguk. Aku tidak tau samada dia perasan yang air mataku meleleh membasahi baju. Aku masih terpinga-pinga suasana ini. Aku tersenyum puas didalam tetapi diluar aku masih sebak.

Hari
ini perjanan aku membelah langit belum selesai. Untuk proses pain
management, bapaku diberi morphine. Mula-mula 5ml setiap 6 jam. Kemudian
itu setiap 4 jam. Lepas itu pil ungu yang tahan 12 jam. Sekarang on
fentanyl patch together with a battery operated syringe driver yang
setiasa menyumbat morphine kedalam tubuhnya. Bila diberi morphine, dia
akan hilang rasa sakit dan hanyut dialam khayalan. Ada kawan-kawan aku
menceritakan bahawa orang yang mengambil morphine boleh melihat alam
ghaib. Nampak alam yang kita tidak nampak. Muga-muga dia berjumpa dengan
pemuda Gua Al Kahfi.
Diantara waktu terluang
bila bapaku berada dialamnya tersendiri aku membaca buku, mengkaji dan
merenung ayat Al Qur'an. Aku baru dimuka pertama Sekapur Sirih yang
ditulis oleh bapak Abu Irsyad. Ini kali kedua aku mengulanginya tetapi
kali ini aku betul-betul tersangkut dimuka pertama. Inilah yang
menyebabkan tiba-tiba langitku terbelah. Aku mula-mula dibawa ke ayat
ini Al Insyiqaq 84:6.
"Wahai manusia ! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya"
Ini
janji Allah. Kita pasti menemuiNya setelah berkerja keras menuju
kepadaNya. Aku selalu bertanya bagaimana kita hendak melakukan kerja
keras menuju kepadaNya. Ini jalan terang menuju Allah. Apakah kerja yang
harus kita lakukan ? Adakah melakukan kerja itu berulang-ulang kali
diertikan sebagai bekerja keras ataupun melakukan sekali dengan betul
itu sudah memadai sebagai bekerja keras ? Yang pasti adalah aku akan
menemuiNya. Ini aku yakin. Orang-orang di bumi juga bertanya, "Bukankah
nanti semua akan balik bertemu Tuhanya ? Kerja keras atau tidak juga
akan pasti balik. Semua akan pulang kepadaNya". Kalau begitu bagaimana
ayat ini harus memberi bekas untuk kita yang masih hidup ? Bukankah
ayat-ayat Allah tidak berguna lagi untuk orang yang sudah mati. Pemuda
fakir ini yakin janji ini pasti datang pada waktu yang ditentukanNya.
Pemuda ini masih merenungi. Perjalanan membelah langit hari ini masih
belum selesai.
Mendengar Suara Dari Dalam
Hati
dan fikiran yang bersih memang sentiasa tertarik untuk menghampiri
Tuhan. Mungkin juga kita sentiasa merindukan makna kehidupan yang lebih
mendalam. Kita mungkin tengah melalui suka duka kehidupan, Masalah dan
pertanyaan yang sangat memerlukan jawapan yang tak kunjung tiba.
Keperluan fizikal dan spiritual yang tidak terisi.
Walaupun
apa bentuk pun wayang dunia ini didepan kita, memang ia sebenarnya
rahmat Tuhan didalam samaran. Tidak ramai yang dapat mengenalinya. Itu
semuanya adalah peluang pengajaran untuk kita dapat kembali menghadapkan
muka kepada Tuhan yang membawa kita kepada kesedaran spiritual yang
lebih mendalam.
Bukalah hati dan tutuplah telinga. Janganlah hiraukan suara bising dari luar. Dengarlah suara dari dalam.
DIA sentiasa bersama kita. DIA tidak pernah meninggalkan kita. Tidak
payah meraung kuat-kuat kerana bukankah DIA hampir dengan kita. Bantuan
memang selalu datang untuk membimbing, memberi semangat, tunjuk ajar
dan arah kepada jalan yang lurus.
Masalahnya
adakah kita mengenalinya ? Adakah kita boleh mendengar suara
bimbingannya dari dalam ? Adakah telinga hati kita boleh mendengar ?
Untuk siang mengganti malam dan malam mengganti siang maka tutuplah
cuping telinga dan bukalah telinga hati. Kita perlu pekak untuk
mendengar, menjadi buta untuk melihat. Bolehkah kita mati untuk hidup ?
Memang DIA sentiasa bersama kita untuk membimbing dengan cara hidup yang di redhai dan kejayaan didalam setiap apa yang kita lakukan. Segala masalah dan jawapannya akan diberikan pada kita. Adakah kita sudah bersedia menerimanya ?
Kita
mungkin bertanya bagaimana setiap orang boleh menjawap segala
pertanyaan dan menyelesaikan semua masalah ? Kita mungkin merasakan
perkara ini tidak realistik untuk kita. Memanglah jika berfikir dengan
fikiran dan kesedaran logika sahaja memang kita tidak mampu
menggapainya. Kemampuan kita memang terbatas.
Namun begitu jika kita percaya bahawa Allah bersama kita, lebih dekat dari urat merih kita sendiri, maka dalam kehidupan yang kita lalui inilah sebenarnya perkara yang paling nyata dan paling realistik.
Pada hakikatnya inilah yang paling pragmatik yang mesti kita lalui
sehingga pada tahap kesedaran bahawa kita berjalan bersama-sama dengan
DIA dengan setiap tarikan nafas dan boleh mendengar serta menangkap dan
mengikuti bimbingan suara dari dalam.
Bolehkah kita bersembahyang secara berkekalan seperti ini ? Sembahyang dengan ertikata penyembahan dan kesedaran mengingati Allah yang sentiasa hampir membimbing kita. Dari seribu rahmat yang kita terima tidak banyak balasan yang diminta. Suruhannya yang berulang-ulang adalah mengingatinya banyak-banyak. Adakah kita mendengar suara dari dalam itu ?
Perjalanan Panjang Pengembaraan Spiritual
Hasil dari itu dia telah membentuk satu kumpulan dari berbagai-bagai aliran tersebut yang setiap malam Jumaat berkumpul bermula pukul 10.00 malam sehinggalah ke pagi untuk bermeditasi berkumpulan dan berbincang pengalaman spiritual masing-masing.
Perkara ini dilakukan bersama-sama selama berpuluhan tahun sehingga ada di antara kawan-kawan ada yang memperolehi kelebihan seperti clairvoyance, clairaudience, automatic writing, menjadi pengubat, peramal dan lain-lain.
Juga ada yang mendapat kemampuan berkomunikasi dengan alam ghaib dan roh orang mati terutamanya arwah nenek moyang, arwah para wali, arwah tokoh-tokoh spiritual dan seumpamanya. Setiap menjelang bulan Safar, kawan ini bersama-sama kumpulannya mengadakan perjalanan spiritual mengunjungi makam-makam dan peninggalan-peninggalan lama yang bersejarah.
Pengembaraan spiritual sebegini boleh berlangsung selama tiga sampai lima hari tanpa mengira siang malam dan selalu kumpulan ini bermalam di kubur para wali sambil bermeditasi dan cuba berhubung dengan roh orang-orang mati. Disamping itu pengembaraan kumpulan ini juga mengunjungi gua-gua, bukit bukau dan gunung ganang yang dikatakan dihuni oleh penduduk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Setelah melakukan perjalanan panjang pengembaraan spiritual yang melelahkan selama berpuluh-puluh tahun, namun kawan ini masih tidak memperoleh Ilmu Hakekat atau apa yang dicarinya Ilmu Kebenaran Sejati. Pernah arwah ibunya bertanya sebenarnya apa yang kamu cari dengan pengembaraan spiritual itu ? Selanjutnya ibunya berkata bahawa sebenarnya apa yang dicari itu ada di dalam diri kamu sendiri. Kawan saya ini lama termenung memikirkan dan cuba memahami apa yang diucapkan oleh ibunya itu.
Namun begitu, setelah terus mengkaji dan membaca buku-buku spiritual dan Tasawuf barulah beliau berjumpa dengan kalimah-kalimah berikut:
• Apakah faedahnya lari ke hutan dan mendaki Gunung untuk menemui Tuhan ?
“Ia bersemayam didalam diri kamu dan meresap kedalam seluruh jiwa ragamu akan tetapi ia terpisah. Tuhan dalam dirimu seperti bayangan yang terdapat dalam cermin. Ia ada di dalam lubuk hatimu, disanalah ia harus dicari.”
• Tuhan bersemayam di dalam engkau dan engkau mencarinya di dunia luar dari satu tempat ke tempat lain. Apabila Tuhan ada didalam diri kita dan kita mencarinya di tempat lain, maka usaha kita akan menjadi sia-sia.
• Baitullah qalbul mukminin. Rumah Allah itu ada didalam qalbu orang mukmin.
• “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”
(Qaf 50:16)
Setelah memahami erti kalimat-kalimat tersebut di atas barulah kawan ini menyedari bahawa ia harus mengenal jati dirinya dahulu sebelum dapat mengenal Tuhan dan untuk itu dia harus berusaha untuk bertemu dengan seorang Guru Mursyid yang mampu membimbing dan menemukan jati dirinya serta mengenal Tuhan.
Ilmu mengenal jati diri ini akan menjawab persolan-persolan yang selalunya timbul didalam hati manusia:
• Siapa saya ini sebenarnya ? Dari mana kah asal saya ?
• Kemanakah saya kan pergi ?
• Apakah tujuan saya disini ?
• Apakah tugas saya didalam hidup ini ?
• Apakah makna dunia disekitar saya ini ?
Persoalan-persoalan ini sebenarnya akan terjawab dengan terangnya apabila kita telah mengenal diri dan Tuhan kita yang sebenarnya.
Satu Perjalanan Mistik
Berada di singgahsana Ilahi adalah pencapaian maqam yang paling tinggi bagi semua agama yang bertujuan mencari Tuhan. Perjalanan ini bukanlan perjalanan dengan tubuh badan. Perjalanan ini hanyalah dapat dicapai dengan menghadirkan Rohani atau apa yang selalu disebut batin dan kemudian sejak akhir-akhir ini diterjemahkan sebagai mistik. Bagi yang beragama Islam, perjalanan mistik sebegini juga kadangkala disebut tasawwuf. Bertasawwuf merupakan perjalanan mistik yang dibimbing oleh AlQur’an dan Sunnah.
Pengertian mistik yang lebih luas lagi boleh dikategorikan kepada dua bahagian. Yang pertama adalah mistik alam atas, inilah yang disebut kehadhrat Ilahi. Yang kedua adalah mistik alam bawah, mengenal makhluk halus, Jin dan sebangsanya. Mistik yang kedua tidak termasuk perjalanan bertasawwuf.
Orang awam yang beragama selalunya tertarik dengan alam mistik dengan mencampur- adukkan mistik alam bawah dan mistik alam atas. Malah yang selalu dipromosikan adalah mistik alam bawah sahaja. Kerapkali kita mudah tersesat kerana diberikan hadiah seperti barang antik contohnya keris berkarat atau pelita aladin atau kelebihan untuk mengubat orang sakit dengan bantuan mistik alam bawah dan dibawa bermain-main di alam bawah ini sehingga kita lupa akan perjalanan kita menuju Tuhan.
Bagi mereka yang sudah menyaksikan alam atas, maka menyaksikan penghuni alam bawah tidak menjadi masaalah. Gerakan penghuni mistik alam bawah yang begitu cepat sudah tentu tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetapi dapat diatasi oleh mereka yang sudah mengenal cahaya Nur Ilahi. Namun begitu, orang yang sibuk dengan mistik alam bawah sahaja tidak akan mampu menyaksikan alam atas.
Baru-baru ini aku berpeluang menyaksikan pengubatan secara mistik. Seorang anak perempuan teman rapat sudah sakit bertahun-tahun dengan kemurungan yang tidak dapat diubat oleh pakar psikiatari di Damansara Specialist. Penyakit anak ini bukanlah penyakit yang kronik tetapi kerapkali terganggu pelajaran apabila semangat menjadi lemah atau sedih tidak tentu sebab sehingga mengeluarkan air mata berterusan selama beberapa hari. Keadaan ini datang tidak tentu masa tetapi selalunya terganggu apabila dia berada didalam keadaan yang lemah seperti demam atau stress kerana terlalu banyak beban pelajaran. Setelah puas berubat secara ‘conventional’ maka seorang doktor homeopati Cina juga menyarankan supaya berubat secara tradisional kerana mendapati anak ini serta bapanya di masuki oleh apa yang dikatakannya ‘energi negatif’.
Setelah berusaha mencari orang yang pandai untuk mengubati secara tradisional ini, maka telah dicadangkan oleh jiran mereka untuk berjumpa dengan seorang anak muda yang berumur 17 tahun yang dipanggil Ateh. Ateh adalah saudara kepada jiran ini dan seorang yang sangat pendiam. Setelah puas diajak berbual, maka Ateh pun mula terbuka untuk menceritakan sedikit-sebanyak pengalamannya di alam mistik ini. Kata Ateh, pada masa umurnya 8 tahun dia telah hilang selama 1 hari dan puas keluarganya serta orang kampung mencarinya tetapi tidak berjumpa. Ateh sebenarnya telah dibawa kedalam hutan disebuah perkampungan yang tidak dikenali dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Penduduk disitu ingin dia tinggal terus dikampung tersebut dan tidak membenarkan dia untuk pulang.
Ateh bernasib baik kerana seseorang yang dipanggilnya Tok Wan datang menyelamatkannya dan membawa Ateh balik kerumah. Tidak ada orang yang boleh melihat dan berkomunikasi dengan Tok Wan kecuali Ateh. Ateh sudah menjadi anak angkat Tok Wan dan Tok Wan selalu datang membantu Ateh sekiranya diminta pertolongan. Tok Wan lah yang mengajarkan Ateh bagaimana untuk mengubatkan orang sakit secara tradisional. Tak Wan lah yang mengajarkan Ateh untuk memohon pada Tuhan untuk menghalau gangguan makhluk jahat dan memagar rumah setiap penjuru.
Siapakah sebenarnya Tok Wan ? Dengan perlahan Ateh mengatakan Tok Wannya juga dikenali dengan nama Sunan Bonang.
Ini
sangat menarik perhatian ku kerana nama Sunan Bonang sudah tidak asing
bagiku. Sunan Bonang atau Raden Maulana Makdum Ibrahim adalah salah
seorang Wali di Tanah Jawa. Dia adalah putra Sunan Ampel dan Nyai Ageng
Manila. Bonang adalah sebuah desa di kabupaten Rembang. Sunan
Bonang sudah lama meninggal dunia pada tahun 1525 Masihi dan saat ini makam aslinya berada di Desa Bonang. Aku berpesan
kepada
Ateh untuk menyampaikan salam kepada Sunang Bonang. Kalau boleh aku
ingin berjumpa untuk belajar Ilmu Makrifatullah. Aku tidak ingin belajar
untuk mengubat orang sakit tetapi aku ingin mukasyafah kembali berjumpa
Tuhan. Itulah pesanku.
Kali pertama bertemu Ateh telah berpesan untuk menyiapkan bahan-bahan berikut untuk pengubatan. Apabila semuanya telah siap, Ateh akan datang lagi untuk melengkapkan proses pengubatannya. Bahan-bahan yang perlu disediakan adalah seperti berikut:-
1. Air kolah mesjid – 2 botol dan 2 baldi
2. Sirih pinang dan kapur – 2 set
3. Bunga 9 jenis dan setiap 1 jenis 3 kuntum - 2 set
4. Bertih – 2 paket
5. Minyak atar 7 jenis - 2 paket
6. Beras kunyit – 1 mangkuk
7. Garam kasar – 1 bungkus
8. Kapur barus – 3 ketul
9. Jarum peniti – 1 kotak
10. Lilin – 1 batang
11. Lada Hitam – 1 paket
12. Paku 6 inchi – 3 batang
13. Benang kuning/putih/hitam
14. Burung merbuk – 1 ekor
15. Kain kuning/putih – 0.5 meter setiap Saturday
16. Limau purut – 8 biji
17. Tahi besi
18. Tempurung jantan – sepasang
19. Sintuk – 6 ikat
Memang
pada mulanya agak sulit untuk mencari barang-barang tersebut tetapi
Pasar Chow Kit di Kampung Baru adalah ‘one-stop shop’ untuk
mendapatkannya. Lebingkurang 80% barang-barang tersebut ada terdapat
disitu dan para peniaga disitu sudah cukup masak dengan keperluan
tersebut. Selang beberapa hari, setelah barang-barang tersebut
dilengkapi Ateh pun datang lagi. Sunan Bonang tidak hadir cuma Ateh yang
memohon doa kepada Allah untuk perlindungan dan keselamatan seperti
yang diajarkan kepadanya.
Barang-barang yang dilengkapi tadi di siapkan oleh Ateh dan cara penggunaannya pula adalah seperti berikut:-1. Air kolah mesjid yang direndam bunga, minyak atar dan sintuk hendak dimandi untuk membersihkan badan luar dalam.
2. Burung merbuk dilepaskan ketika air gayung pertama menimpa badan sebagai simbolik untuk melepaskan perkara yang tidak elok.
3. Air kolah didalam botol hendaklah diminum sehingga habis.
4. Sirih pinang hendaklah dimakan selama 7 hari.
5. Bertih hendaklah dimakan sehingga habis.
6. Beras kunyit, tahi besi dan garam untuk memagar di tabur sekeliling rumah.
7. Paku dan barang-barang lain yang sudah siap dibungkus oleh Ateh hendaklah ditanam disimpang tiga.
Ateh tidak meminta apa-apa upah atas usaha beliau. Belia ikhlas membantu orang. Nampaknya keluarga yang berubat dapat merasakan perbezaan yang ketara. Badan terasa ringan, hati lebih tenteram dan keadaan rumah menjadi lebih cerah dan bahagia. Mudah-mudahan keluarga itu terus terhindar dari gangguan makhluk jahat.
Sunan Bonang tidak datang mengajarkan aku Ilmu Makrifatullah. Dia berpesan bahawa itulah ilmu yang dituntut untuk setiap orang Islam. Dia menyuruh aku dan Ateh untuk terus mencari dan belajar.
50,000 Tahun Kelajuan Cahaya
Selalunya
aku didalam kereta dan memperhatikan ambulan lalu dengan cepatnya
walaupun ditengah waktu puncak. Kadang-kadang aku tertawa sendiri
melihat mereka yang mengambil kesempatan menjadi pengiring dibelakang
ambulan. Selalu juga aku bertanya-tanya siapakah didalam ambulan
tersebut ? Apakah kecemasan yang mereka alami ? Adakah ambulan kosong
tiada pesakit yang pemandunya sengaja membunyikan siren untuk mengejar
waktu atau seronok bersahaja menikmati kuasa yang ada ? Begitu jugakah
kedaaan yang dialami pengiring-pengiring dibelakang ambulan tersebut ?
Biarkanlah
mereka lalu. Aku rela ketepi kerana aku pernah menaiki ambulan. Kali
terakhir aku menaiki ambulan semasa menemani arwah datukku ke hospital
yang juga pada waktu puncak. Aku tahu bagaimana perasaannya berada
didalam ambulan didalam keadaan kecemasan dan kenderaan yang ada diluar
langsung tidak menghiraukan siren yang berbunyi seperti terompet gajah.
Apakah mereka tidak melihat atau mendengar ? Adakah mereka tidak
merasakan ? Memang benar kalau Ruh didalam badan sudah tidur manusia
seolah-olah tidak ada perasaan. Kalau ada ambulan dibelakangnya adalah
menyusahkan. Buang sampah keluar kereta sesuka hati tidak apa. Melanggar
haiwan diatas jalan adalah suatu hobi yang menyeronokkan. Merusak alam
persekitaran tidak ada kena mengena dengan kehidupannya.
Kali
ini sekali lagi aku berada didalam ambulan. Aku menemani bapaku yang
sakit berulang-alik dari Hospital Selayang ke Hospital Kuala
Lumpur.Sesungguhnya ini pengalaman yang lain daripada yang dulu. Ambulan
yang ini tidak ada penghawa dingin kerana sudah rosak. Aku rasa
absobernya pun sudah patut diganti tiga tahun yang lepas. Boleh kita
bayangkan bagaimana menaiki ambulan sebegini membawa pesakit yang tulang
belakangnya sudah reput dimamah cancer pada waktu puncak diwaktu pagi
dimana orang tengah berlumba-lumba untuk pergi kerja ?
Sudah
aku perhatikan bahawa pemandunya memang orang yang berpengalaman. Sudah
bertahun-tahun memandu ambulan dan sudah bermacam-macam pesakit yang
mereka bawa. Keadaan pesakit bukanlah KPI mereka. Kalau mahu mengambil
kira keadaan pesakit maka ambulan tidak akan sampai kedestinasi. Yang
pasti ambulan akan sampai kedestinasi tidak boleh awal dari 15 minit dan
tidak boleh lebih dari 20 minit pada waktu puncak. Sudah aku perhatikan
setiap kali tidak kira ambulan baru atau lama, memang didalam jangka
waktu tidak lebih 20 minit aku sudah sampai di Hospital Kuala Lumpur.
Ini adalah kecepatan yang sungguh luarbiasa jika dibandingkan aku
membawa kereta sendiri.
Tapi ada lagi
kecepatan yang lebih menakjubkan bila kita menghidupkan Ruh. Ruh naik
berjumpa Tuhan dengan kecepatan yang tidak boleh kita bayangkan. Ruhani
kita hidup bila menyaksikan Tuhan. Inilah perjalanan sebenar hidup untuk
mentauhidkan Allah. Inilah juga perjalanan pemuda-pemuda di Gua Kahfi
dan kaum yang mencari Tuhan (Bani Israil).
"Malaikat-malaikat dan Ruh naik menghadap Tuhan dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun" (al Ma'aarij 70:4)
Sebelum bergerak sudah sampai !
Ilmu Horizontal, Ilmu Vertical
Ketika
aku selesai melalui peperiksaan SPM pada suatu ketika dahulu aku terus
mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Australia. Tidak kurang
juga kawan-kawan rapat yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran
di bidang perubatan ke Timur Tengah. Pada waktu itu aku sangat teringin
untuk belajar di Timur Tengah dan sangat merasa kerugian kerana tidak
dapat menyertai kawan-kawan untuk belajar kesana. Aku beranggapan
belajar di Timur Tengah adalah satu pilihan terbaik untuk mendapat
peluang belajar ilmu dunia dan akhirat sekali gus. Sambil menyelam minum
air. Bukankah di Timur Tengah adalah tempat banyak nabi-nabi dan
rasul-rasul di turunkan ? Bukankah disana kita mendapat belajar bahasa
Al Qur’an yaitu bahasa ahli syurga ?
Namun begitu tanpa banyak pilihan aku meneruskan perjalananku untuk belajar di Australia. Setelah tamat belajar disana niat aku untuk belajar di Timur Tengah masih lagi menyala apabila sekali-sekala mendengar berita dari kawan-kawan disana tetapi kaki ini tetap masih terhambat. Walaupun begitu, tidak kurang juga kawan-kawan yang telah menamatkan pelajaran secara formal telah pergi ke sekolah pondok dan terus menyambungkan pelajaran ugama di Timur Tengah.
Malah ada seorang sahabat karibku yang tamat belajar sebagai seorang insinyur di Australia dan terus kesekolah pondok sebelum ke Universiti Al Azhar. Beliau berjaya menamatkan pelajaran sehingga keperingkat sarjana dibidang syariah sekali gus memegang pangkat sebagai 'haji uztadz insinyur' dan dianggap sebagai 'syeikhul kabir' dikalangan teman-teman yang mengenali. Memang menjadi kebiasaan apabila belajar disana, maka kebanyakan pelajar setiap tahun mengerjakan haji disamping mengambil upah kerja haji yang cukup untuk menampung sarahidup sekurang-kurangnya untuk setahun lagi.
Namun begitu didalam usaha kita untuk menuntut ilmu maka kita sebenarnya diberi pilihan untuk mendalami ilmu horizontal atau ilmu vertical. Apabila kita menuntut ilmu dunia maka ada keterbatasan manusia dalam penguasaan ilmu dunia ini seperti garis mendatar yang bersifat horizontal. Disamping keterbatasan manusia untuk mendalami ilmu dunia yang terbatas, ilmu pengetahuan itu sendiri juga sangat terbatas dan tidak sempurna.
Batas ilmu dunia itu ibarat bulan melingkari bumi, dimana ia tetap belingkar pada titik pusar yang sama dan tidak akan keluar dari pusingan itu. Setinggi-tingginya ilmu serta sijil yang kita miliki, maka ia berakhir pada lingkaran itu dan kelak akan tertinggal didunia dan tetap berada dalam lingkaran ilmu yang dicapai oleh akal manusia meskipun setiap generasi baru akan meneruskan usaha menemui dan mengembangkan keterbatasan ilmu dunia itu. Perdebatan tidak akan putus-putus apabila berbincang ilmu horizontal dan tujuannya hanyalah untuk kepentingan hidup didunia semata-mata dan tidak akan membawa kita berjumpa Tuhan. Didalam ilmu horizontal ini, siapa paling pandai berdebat atau paling berkuasa akan teserlah pendapatnya dan tidak ada sesiapa yang ingin menyanggah walaupun mereka tidak menyetujui.
Apabila umur kita telah matang maka sangat disarankan untuk kita mendalami ilmu vertical dan tidak berpanjangan dan terbelit pada ilmu horizontal semata-mata. Ilmu ini merupakan perjalanan ke atas secara vertical untuk terus menghampirkan diri kepada Tuhan dimana akal sebagai pendorong untuk naik sedangkan akal itu sendiri tidak dapat sampai kesana. Ini adalah perjalanan yang bersifat positif untuk menuju kehadirat Ilahi dan ia adalah milik semua orang yang berkehendak untuk bertemu dengan Tuhan mereka.
Ilmu ini mendorong kita untuk mencapai tingkat teratas didalam perjalanan menuju Tuhan dan tidak lebih dari penyaksian yang mesti kita saksikan setiap masa. Tidak ada batas untuk penyaksian yang bersifat vertical. Kita bukan diminta untuk menganalisa dari segi isi ilmu vertical itu sendiri kerana kemampuan manusia sangat terbatas. Tetapi kita diminta untuk melakukan sendiri perjalanan vertical ini dan cukup bagi diri kita pembuktian kebenaran Al Qur’an apabila telah menyaksian sendiri akan akhir perjalanan vertical.
Perjalanan spiritual bagi semua orang akan berhasil adalah dengan perjalanan ilmu vertical. Perjalanan ini tidak dapat dijangkau oleh kecanggihan ilmu horizontal serta pengetahuan teknologi terkini. Perjalanan ini tidak terjangkau oleh roket atau kapal angkasa. Kemampuan untuk berangkat naik ke atas atau mikraj hanya dapat dicapai oleh cendekiawan mukmin yang telah diberi petunjuk oleh Allah. Mukmin berilmu vertical tidak disibukkan oleh keinginan dunia yang tidak berkesudahan. Tidak seorangpun dapat naik secara vertical apabila dia masih terbelit dengan pekerjaan serta kehendak dunia yang tidak pernah cukup.
Bagi mereka yang ingin mencapai tingkat perjalanan vertical, tidak perlu ragu kerana rendahnya ilmu horizontal atau ilmu dunia. Jelaslah pada zaman Nabi Muhammad saw, ilmu horizontal belum dikuasai oleh umat Islam sebab belum ada sekolah tinggi dan belum ada pendidikan agama secara formal yang ditempuh oleh para sahabat pada waktu itu. Tetapi mereka masih mendapat pencapaian ilmu vertical yang sangat tinggi. Tidak menjadi masalah jika mempunyai pendidikan horizontal yang rendah asalkan dijaga keikhlasan dan kejujuran dan bersedia setiap saat untuk menjadi fakir didalam perjalanan vertical. Itulah kunci untuk mendapatkan petunjuk Ilahi dan untuk memahami bahasa Tuhan walaupun tidak belajar di Timur Tengah.

Belajar Mengaji Atau Mengkaji ?
Kawan aku mula bertanya samada aku tahu mana-mana guru yang boleh mengajar membaca Al Qur’an. Katanya dia ingin belajar membaca Al Qur’an kerana dia masih kekurangan didalam ilmu tersebut. Pada masa kecil dia tidak berpeluang untuk belajar membaca Al Qur’an dengan baik dan mendalam. Sebagaimana biasa, aku pun cuba memahami dengan lebih lagi apakah yang menyebabkan dia ingin mengambil langkah tersebut ? Kenapa dan mengapa ? Akhirnya dia mengatakan bahawa didalam kesibukan harian sebenarnya dia merasakan kekosongan jiwa. Untuk mengisi kekosongan jiwa itulah dia ingin belajar membaca Al Qur’an dengan baik.
Aku terus menggalakkannya untuk terus belajar. Sebenarnya manusia seringkali merasa terpanggil untuk menghampirkan diri dengan Tuhan. Walaupun begitu, kadangkala langkah pertama yang kita ambil tidak dapat atau terlalu lama untuk menyampaikan kita kepada Tuhan. Kerapkali, dalam perjalanan itu kita terlalu leka dengan perjalanan ini sendiri sehingga kita lupa kepada matlamat sebenar. Mungkin kita akan berakhir menjadi guru yang mengajar mengaji Al Qur’an dan mula beribadah dengan ilmu matematik dengan mengumpul pahala dari setiap ayat yang kita baca atau ajarkan. Bukankah itu tidak terkira banyaknya ? Seperti pasir dipantai atau sebanyak rambut dikepala ?
Belajar mengaji Al Qur’an bukanlah perkara yang tidak baik. Tetapi sekiranya kita terlalu leka dengan belajar mengaji, maka ilmu mengaji itu sebenarnya sangat dalam dan kesempurnaan seseorang untuk mengaji Al Qur’an mungkin tidak akan dapat dicapai diwaktu umur kita yang singkat ini. Tambah-tambah lagi jika kesedaran itu berlaku ketika umur kita telah senja. Begitu juga dengan cabang-cabang ilmu Islam yang lain. Jadi bilakah kita akan sampai kepada Tuhan kita ? Apakah jalan yang terdekat untuk kita mendekatkan diri dengan Tuhan ?
Maka aku sarankan kepada teman yang bertanya bahawa mulakan langkah dengan MENGKAJI ayat-ayat Al Qur’an disamping memperbetulkan bacaan setakat yang kita mampu. Yang penting ayat-ayat Al Qur’an perlu difahami dan kita boleh mengambil pengajaran untuk hidup kita sehari-hari. Ayat-ayat Al Qur’an bukanlah cerita-cerita sejarah, ketinggalan zaman dan hanya relevan untuk umat-umat yang dulu. Al Qur’an sebenarnya masih relevan untuk setiap zaman dan kebenaran Al Qur’an perlu dibuktikan semasa kita masih hidup.
Bermacam-macam terjemahan Al Qur’an sudah banyak dijual dan ianya mudah difahami kerana ditulis didalam bahasa kita sendiri dan tidak perlu belajar bahasa arab. Jadi mulakanlah mengkaji terjemahan Al Qur’an itu dan fahamilah bahasa Tuhan dengan yakin dan betul. Orang yang boleh melagukan Al Qur’an dengan indah dan merdu tidak semestinya faham akan bahasa serta kehendak Tuhan. Yang lebih bahaya lagi apabila kita mengatakan untuk setengah-setengah ayat bahawa hanya Allah sahaja yang mengetahui. Bukankah ayat-ayat Al Qur’an diturunkan untuk umat manusia dan tidak wajar atas kebodohan kita sendiri jika kita mengatakan bahawa maksud ayat Al Qur’an itu hanya untuk Allah.
Maka pengisian jiwa kita yang kosong adalah sebenarnya melalui perjalanan spiritual yang dibimbing dengan memahami ayat-ayat Tuhan. Perjalanan singkat yang perlu kita lalui adalah perjalanan rohani yang selalu dipenuhi dengan cahaya Nur Ilahi. Perjalanan itu hendaklah terus kematlamat mengenal dan selalu menghampirkan diri dengan Tuhan. Apabila jiwa kita selalu dipenuhi cahaya, maka dengan sendirinya kita mengambil langkah memperbaiki diri dan amal perbuatan sehari-hari seperti membaca Al Qur’an. Apabila kita mengambil jalan kembali kepada Tuhan sebagai langkah pertama maka dunia akan ikut dan apabila kita mengambil jalan yang lain, maka Tuhan akan luput. Kita harus berhati-hati untuk memulakan langkah yang betul untuk kembali kepada Tuhan.
Kawan aku secara spontan berkata bagaimana nanti kalau kita ditangkap oleh pihak berkuasa ? Aku tidak menyalahkannya kerana inilah persolan yang selalu berputar-putar dikepala umat manusia yang ingin kembali kepada Tuhan di waktu ini. Islam kita dibentuk oleh nenek-moyang kita dan bukan dibentuk dengan mengenal Tuhan kita. Kita merasakan jalan kembali kepada Tuhan adalah dengan mengikut orang-orang kebanyakan dan serta mengikuti jalan yang paling selamat. Adakah itu contoh perjalanan orang-orang yang mencari Tuhan yang diceritakan didalam Al Qur'an ? Sesungguhnya kita sudah terlalu jauh dari Tuhan sehingga jalan untuk mendekatkan diri kepadanya juga masih ada bayang kekangan pihak ketiga. Jiwa kita tidak merdeka dan Ruh kita sudah lama terkurung.
Aku tersenyum mendiamkan diri dan perbincangan kita pun beralih kepada topik yang lain
Beribadah Ilmu Matematik
Pada
musim cuti sekolah ini aku berpeluang menemani anak kecilku mengisi
masa lapangnya dengan Bengkel Intensif 8 Hari Kaedah Mokhdar. Ada yang
memilih untuk menginap ditempat kursus. Kami memilih untuk berulang alik
setiap awal pagi oleh kerana tempatnya tidak jauh dari rumah kami dan
harganya pun agak murah sedikit sekiranya tidak termasuk kos penginapan.
Disamping bertugas sebagai supir dan pelayan terhormat kepada anakku
serta anak-anak tetangga lain yang turut hadir bersama program ini
dengan konsep kongsi kereta, aku juga adalah peserta lelaki yang tertua
didalam program ini.
Pada program ini peserta diajar untuk mengubah bahasa minda dengan mengingati nombor dengan kod-kod yang pendek. Kaedah Mokhdar dilahirkan sebagai satu cara yang amat mudah untuk menghasilkan kekuatan memori yang luar biasa terhadap input-input mathematical yang menjadi asas di dalam pemikiran sains dan matematik. Pada hari pertama lagi anak-anak mula dibentuk untuk melihat alam persekitaran dengan kacamata nombor and simbol-simbol yang tertentu sehingga sebati didalam jiwa dan pemikiran mereka. Pada akhir program satu transformasi yang menakjubkan telah berlaku dimana anak-anak ini boleh menghafal sifir, membuat congakan dengan laju, menghafal nombor yang panjang dengan sekelip mata, membaca lirik lagu sebagai nombor-nombor yang boleh mereka ingat, sangat seronok bermain dengan nombor dan secara tak langsung menjadi manusia kalkulator. Akhirnya belajar matematik bukan lagi sesuatu yang sulit sehingga mereka sudah mula menghantar sms, email atau surat dengan bahasa nombor sahaja sehingga ibu-bapa yang tidak faham mudah saja ditipu oleh anak-anak mereka. Sudah banyak testimoni anak-anak genius yang dilahirkan melalui kaedah Mokhdar ini. Tidak kurang juga anak-anak genius ini dikatakan sewel kerana bunyi bahasa Kaedah Mokhdar amat pelik bagi orang yang tidak faham. Memang selalu orang-orang genius juga bersifat ‘eccentric’.
Pengasas serta pelopor Kaedah Mokhdar, Encik Mokhtar Haji Mansor mengatakan anak-anak Melayu bukanlah anak-anak yang lemah matematik. Kelemahan anak-anak kita didalam matematik sebenarnya adalah disebabkan Bahasa Malayu itu sendiri tidak sesuai apabila digunakan untuk belajar matematik. Bahasa Melayu adalah bahasa yang panjang sukukatanya untuk membaca serta mengingat nombor-nombor; maka applikasi bahasa Melayu didalam belajar matematik adalah amat tidak bersesuaian kerana otak memerlukan memori yang banyak untuk mengingat nombor yang pendek dan menyebabkan otak menjadi cepat penat dan akses kepada memori tersebut menjadi amat lembab. Otak menjadi penat didalam latihan matematik yang sedikit dan anak-anak mula hilang minat untuk mempelajari matematik. Ini berlainan sekali dengan anak-anak bangsa Cina . Bahasa Cina adalah pendek dan senang diingat. Bahasa Cina adalah ‘mind-friendly’ dan boleh melatih minda dengan cekap untuk menguasai ilmu matematik secara semulajadi. Dengan sebab inilah juga ada ibubapa Melayu yang menghantar anak-anak mereka kesekolah jenis kebangsaan Cina supaya anak-anak mereka cermerlang disamping faham akan bahasa Cina.
Menurut Encik Mokhtar, bahasa yang kita gunakan adalah membentuk kemajuan bangsa itu sendiri. Bahasa yang cepat membentuk bangsa yang cepat. Bahasa yang berfikir membentuk bangsa yang berfikir. Atas dasar ini, Encik Mokhtar telah sanggup berhenti kerja dengan melepaskan jawatan yang tinggi didalam Kerajaan pada tahun 1993 untuk berjuang memajukan anak-anak Melayu serta mempromosi kaedah ini secara percuma supaya diterima pakai oleh Kementerian Pedidikan. Malangnya sehingga masa ini, walaupun dengan menghasilkan bukti-bukti kukuh akan kebersanan Kaedah Mokhdar; program ini masih belum boleh diterima oleh pihak Pentadbiran sebagai satu cara pembelajaran matematik yang berkesan disekolah-sekolah dan program-program yang diadakan hanyalah bersifat terpencil dan bukan menyeluruh. Encik Mokhtar masih terus berjuang supaya pada satu hari nanti semua anak bangsa Melayu menjadi orang pintar didalam segala bidang dengan bantuan Kaedah Mokhdar dan program ini akan diterima secara menyeluruh dan diterapkan disekolah-sekolah di seluruh negara. Itulah perjuangan Encik Mokhtar dalam beribadah untuk menyumbangkan segala sumber dan tenaganya supaya ilmu ini dapat membangunkan satu bangsa genius didalam segala bidang dengan applikasi Kaedah Mokhdar.
Ada juga orang yang beribadah dengan ilmu matematik melalui perspektif yang lain. Mereka menggunakan ilmu matematik dalam beribadah kepada Allah. Dengan erti kata lain, mereka beribadah untuk mengumpulkan pahala dengan mengira-ngira bahawa jumlah amalan baik yang mereka buat mestilah melebihi dosa yang mereka lakukan dan jumlah akhirnya mestilah angka yang positif untuk dijamin selamat diakhirat nanti. Tanpa memahami akan dasar-dasar beribadah kepada Allah, mereka dengan yakinnya mengatakan bahawa mereka pasti akan masuk syurga apabila mereka mati kelak kerana amalan meraka adalah didalam angka yang positif. Dengan sikap sebegini, maka lahirlah manusia yang membuat mesjid, membuat sekolah atau membantu sekolah tahfiz tetapi mereka sendiri tidak pernah melakukan sembahyang atau membuka Al Qur’an kerana terlalu sibuk mencari harta. Maka lahir jugalah orang-orang yang makan rasuah serta kenyang dengan riba tetapi setiap tahun menbayar zakat, melakukan haji dan umrah dengan duit rasuah tersebut untuk mengekalkan angka positif dalam timbang amalan mereka. Jadi dimanakah hilangnya Ruh amalan tersebut ? Adakah Ruh amalan kita akan sampai kepada Tuhan dengan beribadah sedemikian ?
Kita sebenarnya sudah terlalu jauh dengan Tuhan sehingga menyangka bahawa syurga itu boleh dibeli dengan wang ringgit dan harta dunia. Maka syurga itu akan dipenuhi oleh orang-orang kaya sahaja yang bijak melaburkan harta mereka. Awasilah diri kita bahawa inilah ajaran sesat yang telah menular masuk kedalam jiwa-jiwa yang kosong dan tidak disinari cahaya Nur Ilahi. Pendapat ini keliru besar kerana kita masih memandang amal ibadah dengan ilmu matematik dan harta dunia.
“Daging dan darah itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya adalah taqwa”. (Al Hajj 32:27)
Perkara yang bersifat kotor seperti darah, daging dan hawanafsu tidak akan sampai kepada Allah. Segala amal lahiriyah manusia hanya berguna untuk kepentingan dunianya sahaja. Allah yang Maha Suci hanya boleh didekati dengan yang suci juga dan yang suci dari manusia tidak lain adalah ruh manusia itu sendiri.
Perlu juga kita berhati-hati bahawa diatas dasar yang sama banyak diantara kita yang beribadah kerana menginginkan syurga dan takut akan masuk neraka. Bukankah didalam syurga penuh bidadari dan sungai-sungai yang salah satunya di penuhi air arak ? Adakah kita akan sampai kesana apabila apa yang kita idamkan itu hanyalah untuk mengemburkan nafsu dan urusan perut semata-mata. Syurga dan neraka adalah kesan sampingan untuk orang yang ikhlas mencari Tuhan. Matlamat utama adalah Tuhan itu sendiri dan perjalan kita bermula pada waktu ini semasa kita masih hidup. Mulakan langkah dengan niat yang betul dan suci supaya perjalanan kita sampai kematlamat semasa kita masih hidup.
“Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong”.(Az-Zumar:54)

Ilmu Laduni, Ilmu Mistik ?
Pada
minggu lepas seorang teman baik telah bertanyakan mengenai ilmu laduni.
Ini adalah satu topik yang sungguh menarik kerana walaupun kita sudah
memasuki abad ke 21 dengan menguasai teknologi moden yang boleh
menangkap Ruh Gentayangan dengan kamera dan hidup di dunia tanpa
sempadan dengan teknologi internet dan teknologi komunikasi tanpa wayar
yang mengubah ekonomi dunia serta penyebab integrasi budaya yang penuh
kontroversi; tetapi perjalanan spiritual manusia mencari Tuhan juga
tidak ketinggalan maju kehadapan.
Penemuan God Spot oleh neuroscientists dari University of California, Sandiego pada tahun 1997 telah membuktikan bahawa ada satu titik di 'temporal lopes' otak manusia yang bertanggungjawab diatas fungsi perjalanan manusia mencari Penciptanya adalah salahsatu fenomena penemuan yang kerap diperkatakan sejak kebelakangan ini. Bagi mereka yang tidak faham asal usul kejadian manusia maka ini adalah satu pencapaian yang hebat kerana termasuk didalam kategori yang zahir cuba membuktikan yang batin. Bagi mereka yang tidak mengenal Ruh, kita masih tersasar mencari Tuhan dengan bukti –bukti yang baru dizahirkan. Baru jumpa buktinya sahaja dan masih belum jumpa Tuhannya.
"Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan RuhNya kedalam tubuhnya dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur" (As Sajadah 32:9)
Jadi bermula dari sini, manusia yang sudah beragama pun dan masih tidak mengenal Tuhannya mula mengembara dan masih merasa terpanggil kealam mistik untuk mencari perkara-perkara ghaib yang mungkin disangkakan ilmu laduni. Ada yang mencari kegagahan dengan ilmu bathin di alam persilatan, ada yang mencari kehebatan dengan mencari ilmu bathin di alam pengubatan dan tidak kurang juga yang mencari harta kemewahan dengan mencari harta karun di alam ghaib.
Adik aku sangat berminat untuk mengembara ke alam mistik. Dimana sahaja dia terdengar tentang cerita alam mistik dia pasti mahu pergi menyaksikan sendiri. Hampir-hampir juga dia sesat dan mati kelaparan didalam hutan semasa mendaki Gunung Ledang tempoh hari. Katanya lagi pemuja-pemuja kubur di Pulau Besar sudah terlalu ramai dan boleh dijadikan satu industri pelancungan mistik untuk mengaut keuntungan bagi memenuhi urusan perut. Adikku suka mengembara dan mencari pengalaman dengan ilmu alam. Maksudnya mengembara dari alam zahir ke alam-alam yang lain yang jarang di jijak manusia. Kalau orang suka melancung ketempat-tempat peranginan yang indah dia pula suka melancung ke alam mistik. Inilah salah satu hobi adikku selain daripada basikal mountain bikenya yang mencecah harga RM 9,000 ribu itu.
Di dalam abad ke 21 ini, masih ada kita mendengar cerita orang duduk bertapa didalam gua jauh didalam hutan untuk mencari kesaktian dan kekeramatan yang luar biasa. Kadang-kadang didalam mengembara kealam mistik kita teruja mempelajari ilmu tenaga dalam dan ilmu kekebalan. Mungkin juga akan berjumpa dan berkahwin dengan wanita cantik dan terus tidak berkeinginan untuk kembali dan melihat wanita berbangsa manusia. Tidak kurang juga diantara kita yang menjadikan azimat dengan benda-benda pusaka seperti keris yang sudah berkarat sebagai pelindung. Jadi, apakah yang sebenarnya mereka cari dan inikah yang dikatakan ilmu laduni ?
Marilah kita perhatikan Surah Al Kahfi (18:65) yang bermaksud:
“Lalu mereka menemukan seorang hamba dari hamba-hamba Kami yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami dan yang telah Kami ajarkan kepadanya suatu ilmu dari sisi Kami”
Ayat inilah yang memberikan asal kata ilmu laduni yang selalu kita gunakan. Diharap kita dapat meruangkan masa untuk mengkaji serta merenungi ayat ini tentang kelebihan Nabi Khaidir yang diberi ilmu terus dari Tuhan dari ayat 60 sehingga ayat 82 didalam surah tersebut.
Ilmu laduni sebenarnya ada ilmu yang datangnya terus dari Allah. Oleh itu ilmu ini adalah ilmu yang mengajarkan kita mengenal dan menyampaikan kita kepada Allah swt. Bagi orang yang mencari Tuhan, ilmu laduni adalah dituntut. Ilmu laduni tidak mengajarkan kita tentang kesaktian, tetapi mengajarkan cara mengenal dan meyakini Allah swt, Dzat Yang Maha Perkasa. Ilmu laduni tidak mengajarkan kita tentang menjadi bomoh tetapi mengajar cara mengenal dan meyakini adanya Allah swt, Dzat Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan. Ilmu laduni tidak mengajarkan kita tentang mencari harta kekayaan tetapi mengenalkan kita tentang Dzat Yang Maha Kaya. Ilmu ladunni tidak mengajarkan kita ilmu mistik tetapi mengenal Dzat Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Ilmu laduni adalah mendapat petunjuk dari Allah swt secara langsung. Orang yang dikurniakan ilmu laduni adalah orang yang beriman kepadaNya, orang yang menyucikan dirinya, beramal soleh dan senantiasa memohon petunjukNya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Tahap awal ilmu laduni ialah dengan diberikan kefahaman akan Al qur’an sebagai petunjuk yang nyata dari Allah dan tentang Allah. Bukan ilmu laduni jika ianya tidak berpandukan Al Qur’an atau mencari yang lain selain Allah.

"Tidak ada
suatu musibah yang menimpa seseorang, kecuali dengan izin Allah; dan
barangsiapa beriman kepada Allah, niscaya Allah akan memberi petunjuk
kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (At Taghabun
64:11)
Orang yang sudah jumpa akan Tuhannya akan mendapat anugerah ilmu laduni.
Orang yang sudah jumpa akan Tuhannya akan mendapat anugerah ilmu laduni.
Kenalilah Siapa ?
MAN 'ARAFA
“Man ‘arafa nafsahu hadith Nabi
Faqad ‘arafa rabbahu tujuan diri
Setelah sampai mengenali diri
Maka tercapai ketenteraman hati
La ilaha illallah ucapan zahir
Bila mungkir menjadi kafir
Atas hakikat manusia lahir
Cari maknanya dibalik tabir
Wujud Qidam didalam fana
Meng’isbatkan Allah Al Baqa
Sholat da’im besar menafaatnya
Agar tercapai ketenangan jiwa"
Faqad ‘arafa rabbahu tujuan diri
Setelah sampai mengenali diri
Maka tercapai ketenteraman hati
La ilaha illallah ucapan zahir
Bila mungkir menjadi kafir
Atas hakikat manusia lahir
Cari maknanya dibalik tabir
Wujud Qidam didalam fana
Meng’isbatkan Allah Al Baqa
Sholat da’im besar menafaatnya
Agar tercapai ketenangan jiwa"
Petikan dari Syair Syeikh Hamzah Fansuri
Aku
berkongsi syair ini dengan jiwa-jiwa didalam diri manusia yang selalu
mencari-cari arah untuk mencapai ketenangan jiwa dan ketenteraman hati.
Jiwa kita kelam kerana selalu diselubungi oleh urusan kehidupan yang
membuat kita leka akan perjalanan kita menemui Tuhan. Perjalanan mencari
Tuhan semakin hampir apabila kita selalu di sinari Cahaya Nur Ilahi.
Selamilah diri kita dan carilah cahaya yang sudah lama terpendam itu.
Al Faqir Abu ‘Ammar
Notakaki
SYEIKH Hamzah Fansuri ialah seorang ulama dan pujangga besar Melayu.
Beliaulah penyair Melayu pertama yang menggubah syair-syair bersifat
agama. Hamzah Fansuri dipercayai dilahirkan pada akhir abad ke-16 di
Barus atau Panchor, Sumatera Utara. Panchor disebut Fansur dalam bahasa
Arab. Pada tahun 1726, Francois Valentijn dalam bukunya Oud en Nieuw
Oost-Indie (Hindia Timur Lama dan Baharu) pada bab mengenai Sumatera,
menyebut Hamzah Fansuri sebagai seorang penyair yang dilahirkan di
Fansur.Hamzah adalah pengembang tarekat Wujudiyah. Gambaran tentang ajaran Wujudiyah ini dapat dikutip daripada karangan beliau Asrar al-Arifin dan Sharab al-Asyikin.
Fahaman ini beranggapan bahawa segala makhluk itu pada asasnya esa, kerana wujud daripada zat Allah.
Dalam hujahnya menerusi kitab-kitab ini, terkesan bahawa Hamzah terpengaruh dengan faham Ibn Arabi, ahli tasawuf yang masyhur pada akhir abad ke-12 dan awal abad ke-13.
Selain itu, Hamzah turut menyisipkan dalam karangannya kutipan-kutipan ahli tasawuf Parsi seperti al-Junaid, Mansor Hallaj, Jalaluddin Rumi, Abi Yazid Bistami, dan Shamsu Tabriz.
Karangan-karangan prosa Hamzah yang terpenting ialah Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana), Sharab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Berahi) dan Zinat al-Muwahidin (Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan).
Syair-syair beliau pula ialah Syair Si Burung Pingai, Syair Si Burung Pungguk, Syair Sidang Fakir, Syair Dagang dan Syair Perahu.
Melalui hasil karangannya, dijelaskan mengapa orang harus mencari Tuhan dan juga sebagai garis petunjuk untuk mencari Tuhan.
Haiwan Apakah Kita ?
Itu adalah salahsatu kelebihan yang diberikan Allah untuk hamba-hambanya yang kadangkala membuat kita bingung apakah iktibar yang terbaik untuk diri kita mengenai peristiwa tersebut. Kadangkala kita tidak dapat melihat pengajaran yang sebenar sehingga kita merasa bangga atas kelebihan tersebut. Kemudian kita langsung tidak mahu keluar bersembahyang Jumaat lagi selepas peristiwa itu atau tidak mahu bercampur lagi dengan masyarakat disekeliling. Kita mula merasa jijik untuk bercampur dengan manusia haiwan yang lain.
Didalam bab ilmu hakikat, sebenarnya persoalan yang patut kita anjurkan adalah haiwan apakah diri kita ini disisi Tuhan ?
Didalam memahami ayat-ayat Al-Qur’an, haiwan adalah melambangkan nafsu manusia yang selalu menghambat penjalanan Ruh menuju Tuhan. Apabila kita dapat mengendalikan nafsu, maka cahaya nur didalam diri kita akan bersih dan bersinar-sinar. Perjalanan kita menuju Tuhan pun tidak terhalang. Apabila nafsu mengendalikan kita, maka jadilah diri kita seperti haiwan mengikut rupa kecenderungan nafsu itu sendiri. Apabila kita beramal untuk mendapat bidadari, rumah besar atau payung emas didalam surga, maka perjalanan kita itu pun penuh dengan nafsu yang mengemburkan. Tidak hairanlah apabila kawan kita tadi melihat terlalu ramai haiwan yang datang mengelilingi Kaabah kerana kebanyakan manusia tidak terkendali akan hawanafsu mereka sehingga didalam bab beribadah pun didorongi oleh hawanafsu yang serakah.
Didalam AlQur’an terdapat beberapa Surah yang menggunakan nama-nama haiwan seperti An Naml (Semut), Al Ankabut (Labah-labah), Al Fil (Gajah) dan Al Baqarah (Sapi Betina). Cubalah kita renungkan adakah Allah berkomunikasi dengan haiwan atau manusia ? Kenapa surah-surah tersebut mengutamakan nama-nama haiwan dan bukan manusia ? Sebenarnya Allah memang berkomunikasi dengan manusia dan semua ayat-ayat quran tersebut adalah untuk manusia dan bukan untuk haiwan. Ayat-ayat tersebut diturunkan untuk manusia yang tidak mahu mengerti akan kehadiran Allah dan tidak mahu mengenal Tuhan mereka. Manusia yang mempunyai tingkahlaku seperti haiwan tersebut.
Manusia yang mempunyai sifat haiwan seperti kera yang serakah menghadapi makanan. Mungkin seperti kuda atau keldai yang mengangkut kitab dimana dia sudah mempunyai kitab didalam dirinya akan tetapi tidak juga mengerti membaca kitabnya. Mungkin juga bersifat seperti anjing yang suka menjilat keatas atau menggonggong tulang. Begitu juga An Naml atau semut yang hanya hidup sebagai pekerja yang baik tetapi tidak ingin merenung sejenak untuk memikirkan kehadiran Allah. Atau mungkin juga seperti manusia labah-labah atau Al Ankabut yang selalu memasang perangkap dan mempunyai rumah atau iman yang rapuh musnah dengan senang apabila ditiup angin. Hidup mereka dari hari kesehari tidak ubah seperti haiwan-haiwan tersebut.
Begitu juga seperti gajah atau Al Fil yang selalu menonjolkan kekuatan fizikal dan berkerja tanpa henti. Sama juga dengan sapi atau Al Baqarah yang hidupnya untuk membajak sawah atau setia menarik kenderaan bossnya. Perkerjaan itu sudah merupakan kewajipan yang disandangnya melebihi kewajipan mengabdikan diri kepada Tuhan. Banyak ayat-ayat yang berbicara tentang sapi, semut, kera, keldai, kuda, unta atau labah-labah adalah merupakan teguran dan petunjuk bagi manusia. Agar kita dapat membezakan antara manusia dan haiwan. Agar kita dapat menilai diri kita. Dengan menilai diri sendiri, kita dapat membuat kesimpulan akan arah tuju hidup kita ini. Adakah kita mendekati Tuhan atau semakin menjadi haiwan. Kalau sudah mengetahui kedudukan diri kita sebenarnya, maka kita akan segera memperbaiki diri supaya lebih hampir kepada Tuhan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar