text maarque kanan

INGATKAN DIRIMU UNTUK MENGATUR SEGALA SESUATU SUDAH DI ATUR ALLOH

salju

Jumat, 06 Januari 2012

mak bonda keturunan raja

Mak Bonda Keturunan Raja

Selalunya kalau dalam industri perubatan spiritual ini, kebanyakan perawatnya masih lagi didominasi oleh kaum lelaki. Aku beruntung kerana pada kali ini aku diperkenalkan kepada seorang Tok Bomoh dari kaum hawa yang masih muda.  Aku kebetulan mengikut seorang ibu yang ingin mengubatkan anak lelakinya yang berperangai agak ganjil. Anaknya ini suka menyendiri, tidak suka bergaul atau kurang ceria seperti anak-anak lain, tidak fokus ketika belajar dan seolah-olah berada didalam dunianya sendiri. Dari segi luarannya memang sihat seperti anak-anak lain tetapi dalamannya mungkin agak keliru.

Apabila tiba di tempat rawatan , maka seluruh kawasan menunggu dipenuhi oleh set pinggan mangkuk berbagai-bagai jenis dan berbagai rupa. Set lengkap untuk berbagai jenis kegunaan dapur dan hidangan yang cantik tersusun rapi. Hati-hati kalau membawa anak-anak ketempat ini kerana mudah aja terlanggar set cina yang mahal dan bukan murah untuk diganti. Apabila ditanya kepada penyambut tetamu maka katanya itu set demo untuk jualan kepada sesiapa yang berminat. Sambil merawat pesakit boleh juga melakukan jualan silang atau cross-selling untuk mereka yang sedang menunggu giliran rawatan dan mungkin tertarik untuk membeli set pinggan mangkuk.

Didalam tempat rawatan Tok Bomoh, aku sempat melihat keadaan sekeliling yang serba kuning. Dindingnya dikelilingi oleh gambar-gambar wali songo, gambar khalifah yang empat dan ayat-ayat qur’an yang tertulis diatas kertas yang berupa daun.  Air mineral berbotol-botol diletakkan disatu sudut dan yang paling banyak sekali adalah Al Qur’an berbagai-bagai jenis diatas meja rendah dihadapan Tok Bomoh.  Tok Bomohnya pula memegang senaskah Al Qur’an dan merupakan seorang ibu muda yang siap berpakaian kemas dan rapi serta bermekap seperti sudah bersiap untuk ke majlis perkahwinan.

Tok Bomoh ini memang pandai membaca perwatakan dan penyakit seseorang dengan sekali pandang sahaja. Semua orang yang datang dapat dibacanya. Setelah diceritakan tentang masalah anak tersebut, maka Tok Bomoh mengatakan bahawa anak tersebut memang telah dimasuki makhluk jahat. Yang lebih menarik perhatian adalah bahawa anak ini bukanlah tujuan utama makhluk jahat tersebut. Cumanya orang yang lemah semangat sangat senang dipengaruhi dan anak inilah yang menjadi mangsa. Sebenarnya makhluk jahat itu dihantar dengan memuja tulang kongkang oleh bomoh sakai yang diupah oleh saudara mereka sendiri supaya rumah yang diduduki keluarga itu menjadi tidak selesa kerana kerapkali diganggu oleh makluk jahat tersebut. Tujuannya tidak lain adalah kerana berebut harta dunia dan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya walaupun itu saudara sendiri.

Sebenarnya Tok Bomoh memang orang yang peramah. Disamping merawat dia sempat menceritakan bagaimana dia pernah sakit dan ruh yang baik telah datang membantunya untuk kembali sihat. Perawatannya menggunakan ayat-ayat Al Qur’an sahaja dan tidak menggunakan jin suruhan atau benda-benda yang khurafat, katanya lagi. Dia tidak berniat untuk mengaut keuntungan dari sessi rawatannya kerana dia melakukanya dengan ikhlas dan tidak mengenakan apa-apa bayaran selain yuran pendaftaran untuk urusan pentadbiran dan sewa tempat perubatan tersebut.

Ruh yang baik itulah yang selalu datang membantu Tok Bomoh untuk merawat pesakit. Setelah baik dari sakitnya dulu, Tok Bomoh memang boleh nampak makhluk-makhluk yang tidak boleh nampak oleh mata kasar. Dia boleh berkomunikasi dengan makhluk tersebut dan dapat tahu tujuan atau siapakah tuan atau orang yang mengupah untuk menghantarnya. Pernah juga Tok Bomoh didatangi oleh Jin Islam yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepadanya ketika beliau membantu seseorang untuk mencari barang yang hilang tetapi beliau tidak mahu. Banyak lagi kelebihan Tok Bomoh dari segi perawatan penyakit yang boleh dilakukannya termasuk juga melakukan pembedahan untuk penyakit-penyakit secara fizikal. Sebut sahaja apa jenis penyakit maka Tok Bomoh akan cuba seberapa boleh untuk membantu.

Sebenarnya ruh baik yang membantu Tok Bomoh tersebut bukan sahaja membantu dari segi merawat orang sakit tetapi dia telah juga membantu Tok Bomoh mengembara kealam ghaib dan tempat-tempat yang tidak pernah kita sampai atau tercapai oleh akal untuk mengambarkannya. Tok Bomoh boleh mengupas bab-bab yang tinggi dari segi ilmu ketuhanan secara sepontan walaupun tidak pernah menuntut kerana dia hanyalah seorang graduan jurusan mass comm di universiti tempatan.

Siapakah ruh baik yang membantu Tok Bomoh ? Tok Bomoh kata dia memanggilnya Mak Bonda. Mak Bonda memang dari keturunan raja pada zaman dahulu  dan sangat mengutamakan keadaan yang bersih, kemas dan cantik. Itu sebabnya Tok Bomoh kata dia tidak dapat melakukan perawatan dengan sempurna jika dia tidak berada didalam keadaan yang kemas atau memakai baju yang tidak digosok.

Semuanya itu aku dengar dan perhatikan dengan teliti seperti seorang anak murid sekolah rendah yang hingusnya masih meleleh. Didalam hati aku berdoa supaya perjalanan mencari Tuhan ini tidak ditawarkan oleh kelebihan atau kehebatan yang akan melalaikan kita dari mendampingkan diri dan bertemu dengan Tuhan itu sendiri.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar